Perjalanan Pulau Pinang Ke Kuala Lumpur

Memandangkan saya selalu ke KL sejak 2 tahun yang lepas, tahun 2015 & 2014 seminggu sekali untuk berjumpa client saya di KL, sehingga pramugari Air Asia pun berkata ‘eh, Encik lagi?’ dan saya pun kata – ‘Ye, saya lagi~~’ Saya ingin berkongsi cara paling murah, mudah dan efektif ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang.

(Post kali ni panjang, sebab niat untuk berkongsi)

Secara jarak, Penang ke KL hanya 320 KM. Kita akan kata perjalanan bermula dari Penang Bridge Ke KL Sentral.

Mode pertama: Udara – Kapal terbang komersial
Kapal terbang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, samada lapangan terbang KLIA, KLIA2 atau Airport Subang

Secara purata, setiap 15 minit akan ada sebuah pesawat akan terbang ke KL dari Penang. Ini menunjukkan 2 buah bandar ini adalah antara yang tersibuk di Malaysia.

4 buah syarikat yang mengendalikan penerbangan secara terus ke KL.
1) Malaysia Airlines
2) Air Asia
3) Malindo Air
4) FireFly

Penerbangan pertama dari Pulau Pinang adalah 650 AM oleh pesawat dari Malaysia Airlines. Selalunya, saya akan ambil pesawat ini agar boleh berada di tempat meeting sebelum pukul 10 pagi.

Perjalanan dari rumah ke Penang airport mengambil masa 40 minit. (Rumah di Kulim). Memandangkan pada waktu awal pagi, rumah ke Penang Airport selalunya 60 minit, dengan keadaan trafik yang sesak. Selaluya saya akan keluar dari rumah pada pukul 5 pagi dan tiba pada 540 pagi. Sempat untuk solat subuh sebelum boarding pada 620-630 pagi. Terdapat surau di dalam kawasan departure hall, jadi saya nasihatkan anda buat checkin (web checkin lebih mudah) & security check dahulu. Airport Penang kecil sahaja jika nak dibandingkan dengan KLIA2.

Selaluya, jika semua penumpang sudah didalam pesawat, captain akan minta perlepasan awal – push back and start pada 640 pagi, kerana ini adalah penerbangan pertama di Airport Penang. Taxi ke runway hanya mengambil masa kurang dari 5 minit.

Selepas 50 minit, anda akan tiba di KLIA/KLIA2 (jika mengambil penerbangan Air Asia pada 710 AM , landing di KLIA2 ). Untuk ke bandar KL (KL Sentral), anda boleh menggunakan ERL Express dengan harga RM55.00 atau bas dengan harga RM10.00 . Jika anda got nothing to rush, boleh mengambil bas. ERL akan mengambil masa 35 minit untuk ke KL Sentral dari KLIA. Jika anda terbang dengan Air Asia, tiket bas boleh dibeli secara online semasa pembelian tiket kapal terbang dan mendapat 15% off (hanya RM8.50). lebih jimat.

Tapi harus diingat, perjalanan dengan bas mengambil masa 50-60 minit minimum ke KL sentral dari KLIA/KLIA2 atau lebih kerana pada ketika bas menghampiri KL sentral, sudah hampir pukul 9 pagi. Ketika itu sudah rush hour untuk orang KL nak ke tempat kerja. Bas setiap setengah jam dari KLIA/KLIA2. Selalunya, saya akan tiba di KLIA pada pukul 750 dan dengan segera jalan cepat untuk mengambil bas pukul 8 pagi ke KL sentral. Setiap kali saya kluar kapal terbang, saya akan tabik hormat pada kapten kapal terbang, tanda ucapan terima kasih kerana membawa saya dengan selamat. Jika masuk ke kokpit dibenarkan oleh orang awam, saya akan masuk ke kokpit dan salam dengan kapten dan co-pilot.

Selalunya saya akan tiba di KL sentral pada pukul 9 – 915 pagi. Dari situ, saya menggunakan LRT ke destinasi lain atau UBER ke tempat meeting.

Di KL Sentral, anda boleh sarapan dulu sebelum ke destinasi berikut.

Jika saya landing di Subang Airport, saya akan terus ambil taxi ke tempat meeting saya. Bayaran teksi selalunya lebih mahal dari flight tiket saya.

Untuk pulang ke Penang, saya akan mengambil final flight dari KLIA/KLIA2/Subang Airport. Final flight dari KLIA2 adalah pukul 0950 PM (Air Asia) dan MAS adalah pukul 1145 MLM. Perjalanan dari push-back and start ke engine off hanya 60 minit. Di KLIA2, masa dari push back and start ke take off di runway mengambil masa yang agak lama – 10 minit jika trafik biasa atau lebih dari 10 minit jika tower tak approve untuk take off.

Jika anda take off dari Subang Airport, flight terakhir adalah pukul 10 malam. Saya selalu ternampak ada private jet tiba di sebelah firefly yang saya naiki setiap kali saya nak take off dari Subang Airport – siapa punya la~~??

Tiba di airport Penang, memandangkan saya drive ke Airport pagi tadi dan park kereta di kawasan Airport, bayaran untuk parking adalah RM 25.00 untuk 12-24 jam.

Selalunya saya akan tiba rumah pada pukul 1200 pagi.

Jadi, secara kos dari Penang bridge ke Kl Sentral

Petrol dari Rumah ke Airport ke Rumah : RM20.00
Flight tiket pergi balik (RM 150 – RM250)
Penang bridge toll : (RM5.40 (discount dari Penang Bridge, jika tidak RM7.00))
Parking di airport: RM25.00
Total: RM 200.00 – RM350.00

Tips
1) Jika anda fly dengan malindo / fire fly, jangan pilih kerusi semasa pembelian tiket. Pilih kerusi anda semasa check in, anda boleh dapat kerusi pilihan anda tanpa bayaran – Ini valid pada tahun lepas, tahun ini saya tidak tahu.
2) Untuk firefly, pilih seat paling hadapan, anda boleh melunjur kaki 180 degree.
3) Jika terbang dengan MAS, minuman dan kacang akan diberikan. Anda haus? jangan malu, jangan segan – senyum pada pramugari dan minta kata nak air lagi segelas semasa air sedang dihidangkan. Mereka akan bagi. Anda mahu kacang lebih? minta dengan senyuman, mereka akan bagi. 🙂
4) Anda mahu menyaksikan matahari terbit? Melihat matahari terbit dari ketinggian 35,000 amat indah. Pilih seat barisan belakang kapten (Huruf A) disebelah tingkap. Jika naik MAS, anda boleh nampak KLCC, KL Tower dalam cahaya matahari terbit dan bagi saya, amat cantik pada ketinggian 15000 semasa nak landing.
5) Rindu nak tengok pantai port dickson? Naik MAS, sebab kapal terbang akan buat U-turn dan final approach dari Port dickson.
6) Nak tengok Shah Alam, Litar F1, Putrajaya dari ketinggian 15,000 kaki? Ambil MAS dan amik seat barisan F – sebelah tingkap. tapi jangan ambil seat nombor 15-22 sebab anda duduk sebelah sayap, pemandangan anda terhalang dengan sayap.
7) Gunakan Google Chrome dalam mode incognito so that server pembelian tiket tidak dapat detect yang kita pernah ‘nak beli tiket’. Kadang-kadang dengan cara ini harga dapat lebih murah. Sebab? Browser cookie tidak akan tersimpan dalam incognito mode. Jika Firefox, gunakan pelayar dalam mode private browsing
8) Sila gunakan www.airpaz.com untuk senarai semua kapal terbang yang ada. Semua syarikat penerbangan akan dipaparkan bersama harga dan masa. Tapi untuk pembelian, lebih baik terus ke laman web syariakt penerbangan tersebut. Airpaz guna untuk dapatkan harga flight dan masa penerbangan utnuk semua syarikat penerbangan sahaja.
10) Ucap terima kasih dengan senyuman dan salam dengan driver bas/taxi
11) Airport KLIA2 besar. Dari pintu masuk ke pintu kapal terbang, masa jalan kaki 10 – 25 minit. Sila rancang perjalanan anda

** Saya enjoy naik kapal terbang. Jika saya bukan engineer sekarang, pada waktu ini mungkin saya captain Boeing 777. 🙂

Mode kedua: Darat – Bas (Penang ke KL Sentral)
Banyak bas disediakan dari Penang (Sg. Nibong, Butterworth, BM atau Kulim, Kedah) . Masa perjalangan adalah 5 jam. Saya akan ambil bas terakhir bertolak sebab nak sampai awal pagi esok di KL. Saya akan ambil bas turun di hentian Pudu, KL.

Masa perjalanan: 5 jam.
Bas terakhir dari Penang: 11 malam. jangka tiba pukul 4 pagi di Hentian Pudu, Kuala Lumpur.
Harga: RM45
Cara membeli tiket: saya menggunakan Easy book (easybook.com) untuk pembelian tiket. hampir semua bas operator ada disini. hanya perlu cetak tiket selepas pembelian online dan bawa ke kaunter. Mereka akan beri tiket asal untuk naiki bas.

Lebih mudah anda terus ke KL Sentral kerana jika anda turun di Pudu, anda dijangka tiba pada pukul 4 pagi. pada waktu itu, pudu di kawal oleh pengawal keselamatan dan anda tidak dibenarkan masuk ke kawasan bangunan hentian pudu sehingga pukul 6 pagi.

Apa yang anda boleh buat sebelum LRT bermula pukul 6 pagi? Layan TV 1 dari tepi bangunan Pudu. Layan kopi panas di kedai mamak berdekatan. Jika anda turun di Pudu, sila dapatkan LRT pada pukul 6 pagi ke KL sentral. Akan ada ramai yang beratur di pintu masuk station LRT dan pada waktu ini, mempunyai kad touchNGo adalah sesuatu yang hebat!

Setibanya anda di KL Sentral, ada boleh menggunakan bilik mandi. Dengan harga RM5.00 (harga pada tahun 2015) anda boleh menggunakan bilik mandi selama 30 minit. Lokasi bilik mandi di aras 1, berdekatan dengan 7-Eleven. Sila datang awal sebab orang dah mula beratur kerana ada train yang tiba pada pukul 6 pagi. Selepas mandi, ada surau yang besar untuk solat subuh.

Untuk pulang, bas terakhir adalah pukul 11 malam dari pudu. Anda boleh naik ke kafe di food court di atas dan banyak pilihan makanan. Untuk solat isyak, surau ditutup padal pukul 10 mlm.

Tips
1) Lebih baik terus ke KL sentral dubandingkan ke Pudu dari Pulau Pinang
2) Load movie dalam laptop/fon dan pastikan batt penuh. Boleh layan selepas tiba di Kl sentral/pudu sementara tunggu LRT/tempat mandi
3) Surau besar disediakan di KL Sentral. Lepas mandi, boleh solat subuh.
4) Tuala disediakan di bilik mandi, tapi dengan bayaran sewa RM2.00 (harga tahun 2015)
5) Beratur di bilik mandi boleh jadi panjang. Tiba awal di bilik mandi.
6) Seterika disediakan di kawasan bilik mandi. RM2.00 (harga 2015) sekali guna, tanpa kira helaian baju. Sesuai untuk baju kemeja dilipat didalam beg.
7) Jika tiba Pudu pukul 4 pagi, jangan kacau gelandangan-gelandangan yang sedang tido di kaki lima. Langkah dengan berhati-hati kerana ramai gelandangan tido di kaki lima disitu. Mereka hanya tutup dengan kain kanvas sahaja.
8) Jangan minum banyak sebelum naik bas. Sila ke tandas dahulu. Bukan kapal terbang, ada toilet dalam.
9) Guna easybook.com untuk pembelian tiket. Mudah dan kadang-kadang lebih murah dari harga kaunter.
10) Ucap terima kasih dengan senyuman dan salam dengan driver bas/taxi

Secara kos dari Penang bridge ke Kl Sentral

Petrol dari Rumah ke station bas : RM2.00
Tiket bas pergi balik (RM 95)
LRT – Pudu ke KL Sentral : RM 2.50
Total: RM 99.50

Mode Ketiga: Kereta

Masa perjalanan dari Penang bridge ke KL Sentral: 3 jam 30 minit dengan kelajuan 100km/j – 110km/j di atas PLUS highway
Jarak: 350KM menggunakan PLUS highway

Mula perjalanan – suka hati

Jika memandu, anda boleh menetapkan bila masa anda akan mula bergerak pergi ke KL dan bila anda pulang. Saya pernah drive ke KL beberapa kali untuk mengahdiri meeting dan perlu berada di sana untuk beberapa hari. Tetapi, anda akan penat otak setelah tiba disana kerana otak anda keletihan memandu. Beberapa keputusan penting tidak dapat dilaksanakan semasa dalam meeting.

Petrol: Kereta dengan kapasiti 1.3 L atau 1.5 L — 80 liter petrol untuk pergi dan balik. (RM160.00 (Harga 2015))
Tol: Dari Juru ke Sg. Buluh RM41.70 – pegi dan balik: RM83.40
Total: RM 243.40

Tips:
1) Berhati-hati dengan AES/speed trap
2) Tak perlu speed – masa ketibaan hampir sama jadi
3) Fuel consumption terlalu tinggi masa jika anda speed dan kelajuan tidak sekata
4) RnR Sg. Perak/Tapah tempat best untuk berhenti subuh atau breakfast sebab berada di tengah-tengah perjalanan
5) Dari Penang, lepas terowong speed hanya 90km/j. Speed trap ada disitu. sila patuhi speed limit
6) Berhenti rehat jika ngantuk
7) Bawa bunyi-bunyian MP3 dalam thumbdrive anda. layan guna MP3 player di kereta
8) Jika kereta anda ada fungsi auto-cruise, gunakan teknologi tersebut
9) 1-800-88-0000 talian ke PLUS untuk bantuan atau laporan apa kecemasan atau laporan sebarang objek di atas lebuhraya. Talian ini amat effisyen, saya dah cuba.

Mode Keempat: Keretapi Elektrik ETS

ETS akan bermula setiap hari dari Butterworth pada pukul 5.00 pagi dan akan tiba di stesen Bukit Mertajam pada pukul 5.07 pagi. Anda boleh mengambil ETS dari mana-mana station ini untuk perjalanan dari Pulau Pinang.

Pembelian tiket boleh dilakukan secara online di website KTM. Secara peribadi, saya baru pernah sekali menggunakan khidmat ETS pada selasa minggu lepas, 26 Jan 2016 dari Bukit Mertajam ke KL Sentral.

Saya nasihatkan buat panggilan ke KTM helpline dahulu atau semak di laman e-tiket KTM untuk mengetahui baki kerusi yang masih ada. Adalah lebih baik membuat pembelian di kaunter kerana harga tiket di kaunter lebih murah. Contohnya, untuk minggu ini, ada 20% discount jika membeli di kaunter. Untuk warga emas, harga murah hanya dari pembelian di kaunter.

Maklumat yang dipaparkan secara online juga tidak dikemaskini. Contoh untuk tiket dari KL-Sentral ke Pulau Pinang, utuk hari yang sama, tidak dipaparkan di laman web tetapi perjalanan itu sebenarnya wujud.

Parking kereta juga percuma di stesen keretapi Bukit Mertajam menjadikan amat sesuai untuk melakukan day trip.

Perjalanan dari Bukit Mertajam akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit. masa ketibaan di KL Sentral adalah 0837 pagi. Keretapi akan berhenti untuk mengambil penumpang di Sg. Petani, Taiping dah Ipoh sebelum terus ke KL Sentral.

Kelajuan ETS boleh mencapai 160km/j tetapi hanya menggunakan 80% kemampuan enjin iaitu dalam sekitar 140km/j ke 145km/j. Selepas tiket anda diperiksa, anda akan diberi Milo kotak, biskut dan kacang . Terdapat kafe untuk di Koc C untuk pembelian makanan. Makanan telah siap dibungkus dan akan dipanas kan jiak terdapat pembelian. Menu makan : Nasi lemak (RM6.20), nasi goreng(RM5.90), bihun(RM5.90), sandwhich cheese/sardin(RM3.20), mee segera dalam cawan(RM3.20), air mineral (RM2.10), kopi/teh/milo(RM2.70).

Adalah lebih baik pastikan tempat duduk anda kerana jika anda pening apabila ETS meluncur kebelakang, anda patut mendapatkan kerusi yang bertentangan. Kerusi ETS tidak dapat dipusingkan mengikut kepala ETS. Saya akan upload beberapa gambar untuk panduan bersama.

Terdapat kerusi yang dihadapan koc yang lebih sesuai untuk meletakkan laptop kerana mempunyai meja yang besar. Jika kerusi lain, meja adalah jenis lipat dan untuk meletakkan laptop sedikit sukar.

Kafe, surau untuk 2 saf lengkap dengan tempat berwuduk dan tandas yang besar dan selesa disediakan. Untuk solat subuh, jika anda ingin menggunakan surau, dinasihatkan berada di surau awal kerana subuh singkat masanya dan ramai yang ingin gunakan surau. Kompas arah kiblat disediakan di surau. Jika tidak, anda boleh solat secara duduk kerana dalam keadaan musafir.

Tepat pukul 837 pagi, ETS tiba di KL Sentral. Dari KL sentral, anda boleh gerak ke kawasan Kuala Lumpur dengan menggunakan kemudahan LRT. Untuk pulang ke Pulau Pinang, ETS terakhir dikhabarkan pada pukul 630 petang dan jangka tiba di Bukit Mertajam/Butterworth dalam lingkungan pukul 10 malam. Seperti yang saya kata tadi, amat sesuai untuk day trip.

Tetapi, ETS ini selalnya ramai orang dan dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda awal.

Kos dari Pulau Pinang ke Kl sentral dengan ETS
Jumlah kos: Pergi balik RM158 (Tiket RM79 sehala, dan boleh jadi boleh dapat lebih murah dari ini)
Parking kereta: FREE

Tips:
1) Sila berada di station awal waktu, pintu hanya dibuka selama 60 saat
2) Perhatikan nama koc di lantai platform agar senang tiba di tempat duduk
3) Telefon KTM dahulu untuk dapatkan kepastian baki tiket
4) Cas laptop dan load dengan movie atau anda boleh membuat kerja anda menggunakan laptop dengan selesa. Saya cuba mencari soket elektrik, namun tidak menjumpai
5) Dapatkan kerusi hadapan, meja lebih besar dan selesa
6) Berbual dengan orang sebelah/depan, jika dia ingin berbual, hanya setelah selepas pukul 730 pagi. kerana sebelum itu, mungkin dia masih mengantuk.
7) Bawa bahan bacaan untuk mengisi masa anda selama 3 jam 30 minit di dalam ETS.
8) Bawa penutup mata/bantal untuk tido dalam ETS. Lampu di dalam ETS dibiarkan menyala sepanjang perjalanan
9) Jangan lupa cetak tiket anda jika pembelian secara online

Kesimpulan
Bagi saya, setelah menggunakan ETS, adalah lebih mudah dan selesa untuk membuat day trip ke Kuala Lumpur menggunakan ETS. Menggunakan kapal terbang, walaupun masa dari Penang ke KL hanya 55 minit dan tiket kapal terbang lebih murah, tetapi logistic dan perjalanan dari/ke lapangan terbang mengambil masa dan kos tambahan yang lain. Saya sudah kira dengan apa pun cara perjalanan saya, samada kapal terbang, bas, kereta pandu sendiri, atau ETS, akan mengambil masa 3 jam 30 minit ke 4 jam untuk tiba ke KL Sentral dari Pulau Pinang.

Selepas ini, saya akan lebih banyak menggunakan ETS kerana stesyen ETS BM hanya 15 minit dari rumah saya. Keluar rumah pukul 430 pagi, pukul 830 pagi boleh tiba KL Sentral dengan kos lebih murah dan lebih efektif.

Untuk penginapan dan tidor malam, saya syorkan Tune Hotel KL. hanya 5 minit jalan kaki untuk ke station LRT terdekat dan dari situ boleh menguhubungkan ke kebanyakkan kawasan di Kuala Lumpur. Tetapi, dengan bayaran RM50.00/mlm bilik agak kecil. Tapi untuk orang seperti saya, saya cuma perlukan tido 8 jam sahaja. tak perlu swimming pool dan jakuzi~~

Jika posting saya bermanfaat, sila share. Saya cuma ingin berkongsi sedikit pengetahuan kepada yang sudi membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *